Saturday 15 February 2020

Panduan Blogging Untuk Bisness atau Usahawan (Newbie)

Kenapa perlu Blog atau Website?


Blog atau Website sendiri memang baik untuk penulisan kita. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang sebagai hobi atau menjana pendapatan sampingan jika mempunyai Blog.


Yes, sis faham Insta, Facebook, Twitter, youtube dan lain-lain juga boleh membuat duit. 


Tetapi ingatkah kamu tentang Myspace? Ia sebuah Platform Social Media (socmed) yang sangat popular sebelum Facebook, namun ia telah jatuh sama seperti Friendster.


Jika korang menjual melalui Friendster atau Myspace, dan Platform tersebut suda terjatuh. Tentu usaha untuk mendapatkan folowwers yang banyak menjadi sia-sia.


Jika kita mempunyai Blog atau website sendiri, hak milik 100% adalah milik kita. Kita yang akan mengawal website samada inginkan ia aktif atau tidak. Setiap posting yang kita buat dalam website atau blog, followers kita tidak akan hilang.


Apa yang kita inginkan ialah Hak milik Blog atau Website itu menjadi milik kita. Kita adalah BOSS dan KULI. Pendek kata, seorang blogger!

NOTE: SOCIAL MEDIA TIDAK KEKAL POPULAR SELAMANYA

Website milik persendirian akan sentiasa kekal wujud!





Nak tulis apa di Website/Blog?


Sekarang persoal diri korang masing-masing, 

apakah:

Minat kamu?

Hobi kamu?

Perkara yang sering kamu lakukan?

Suatu subjek yang kamu tahu seperti bidang music, pendidikan, sukan, Fashion atau lain-lain?

Ada juga yang nak buat website yang hanya boleh menjana wang. Pada pendapat sis, semua jenis atau tema Website korang, semua mampu menjana wang. Tidak kiralah korang mempunyai banyak followers atau tidak.

Buktinya? Sis mendapat RM800+ blogging setahun, dan followers sis adalah kurang daripada 20 orang. 

Apa yang penting kena bijak dan sis akan ajar step by step.






Dah ada topik Website, now what?


Sekarang korang dah tau nak buat topik website.


Contoh nak buat topik tentang sukan. Jadi apakah nama, tajuk atau domain yang sesuai untuk Website kita?


Sebaik-baiknya nama, tajuk atau domain kena berkaitan dengan Website kita.


Website tentang sukan, domain boleh seperti sukanharian(dot)com, sukanterbaik(dot)com atau sukankebangsaan(dot)com. Terserah daripada kita, yang penting kena berkaitan dengan Website.



Bina Website


Kena belajar bina Website! Tapi untuk yang masi baru (Newbie), sis lebih sarankan korang guna blogspot. Belajar perlahan-lahan cara untuk membina Website, nanti korang dah boleh beli hosting sendiri!


Note: Hosting Website ialah sebuah syarikat yang menyediakan ruang pada server dan sumber untuk menyimpan maklumat website korang. So, sesiapa sahaja boleh melawat website korang melalui Internet. 


Contoh Hosting yang terbaik:

1. GoDaddy2. BlueHost3, Name Cheap4. Exabytes5. BigDomain



Jika korang nak buat melalui blogspot, korang tak perlu nak beli hosting, sebab data atau maklumat blog korang telah disimpan dalam Google Server. Untuk pengetahuan semua, Blogspot adalah dibawah jagaan Google. Oleh sebab itu, ia sangat dijamin untuk digunakan bagi jangka panjang atau pendek. 



Bagi yang membuat blog melalui Blogspot, korang boleh beli Domain dan SSL. (optional). Jika korang sangat serius untuk bisnes blogging, korang boleh beli, kerana ini akan meningkatkan taraf profesional website, memberi kepercayaan kepada pelawat dan kebarangkalian besar website korang boleh diluluskan oleh penerbit pengiklanan.



Note: Contoh penerbit pengiklanan ialah Google adsense, MediaNet, InfoLink, Viglink dan banyak lagi!




Logo Website atau Favicon


Jika kita mempunyai logo atau favicon, ia akan membuatkan Website kita lebih unik dan lain daripada yang lain.


Pilih sebuah logo atau favicon yang berkaitan dengan tajuk website kita.


Contoh, Website tentang sukan, boleh membuat logo atau Favicon yang mempunyai peralatan sukan. 


Jika website tentang binatang, boleh pilih logo atau favicon binatang.


Jangan pula tersilap pilih. Website tentang musik, tetapi logo atau favicon berbentuk pokok.


Jika nak logo atau favicon yang abstract, pastikan ada title yang bersesuain.
Apa yang penting, kita nak logo tersebut mempunyai ciri-ciri unik diri kita!





Buat post pertama korang dalam website


So, dah complete semua, kita boleh buat post yang pertama.


Rasa susah sikit, tapi kena rajin research kat Internet. Nak paling senang, korang ingat ayat ni:

a) Tentang apa?
b) Untuk siapa?
c) Kenapa buat posting tersebut?


atau 5 W 1 H :
Who? What? When? Where? Why? and How?


Post pertama kena ada maksud, yang memberi maklumat kepada pengguna, menyelesaikan masalah atau memberi pengajaran dan banyak lagi.


Note: Rajin buat research, dan tolong jangan Copy dan Paste!


Setelah siap buat post pertama, korang boleh publish dan Share artikel korang kepada rakan-rakan.




Kunci untuk berjaya dalam Blogging


Usaha wajib ada, kena rajin buat research. Mental kena kuat, dan keazaman untuk berjaya wajib ada.


Jangan pilih jalan yang singkat dalam membangunkan website sendiri bagi mengelakkan copyright atau plagiarism. Jika korang didapati bersalah, website korang boleh ditutup serta merta atau lebih teruk!


Note: Plagiarism ialah mengambil kerja atau idea orang lain dan menyatakan bahawa kerja tersebut adalah milik atau idea kamu sendiri.


Sebenarnya lebih banyak kena explain, tapi setakat ini, kamu telah belajar yang basic.


Sis akan membuat Ebook tentang ini nanti, kena mengambil masa yang lama. Saya akan mengemaskini dimasa hadapan.














No comments:

Post a Comment

Panduan Blogging Untuk Bisness atau Usahawan (Newbie)

Kenapa perlu Blog atau Website? Blog atau Website sendiri memang baik untuk penulisan kita. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa la...