Friday 24 January 2020

Bagaimana menjana RM800+ dalam masa setahun tanpa pengalaman dan tanpa mentor

Bagaimana menjana RM800+ dalam masa setahun 

tanpa pengalaman dan tanpa mentor


Sis bermula membuat blog pada tahun 2019 pada hujung bulan December 2018. Firstly, memang malas nak start sebab pengalaman zero and kena banyak baca website orang putih. Banyak lah kena study mulanya.


Tetapi semakin rajin sis belajar blog, semakin nekad sis untuk teruskan dan berkomitmen untuk berjaya dalam blogging ini.


Tidak semestinya kita kena ada nama yang besar untuk jadi blogger berjaya, kita hanya perlu usaha. Terkenal atau tidak, itu belakang cerita. Apa yang kita nak ialah hasil titik peluh kita sendiri tanpa menyusahkan ahli keluarga.


So mulanya sis start menggunakan Blogspot, free domain. Sis tak beli domain masa tu, sebab nak sangat berjimat. Tapi kos marketing sis ialah Zero. Sis tak langgan ads kat facebook untuk attract pembaca. Sis hanya join group/page blog yang majorit ialah masyarakat USA, UK, India, Canada dan Russia etc.


Kenapa Sis join group/page orang luar, dan bukan join group kat Malaysia?


Terus terang sis da cuba join group blogging malaysia. Tetapi sis tak rasa mereka supportive sangat. Mereka lebih mencari orang yang dah berjaya, instead of orang yang sedang berusaha untuk naikkan prestasi blog.


Tapi bila sis join kat group orang putih, tak kisah lah awak blogger kecil atau dah besar. Mereka sentiasa beri nasihat, feedback tentang blog kamu, cara untuk mendapatkan pembaca, dan semuanya secara percuma. Pendek kata mereka semua sangat supportive!!


ok takmau banyak cerita, kos yang sis gunakan untuk blog sepanjang tahun ialah


1) Domain

Sis beli domain, mulanya tak lah. Sebab tak ada domain pun tetap boleh dapat income.


Tetapi untuk membuatkan website kita ni lebih professional sis beli nama website(domain) bernilai RM30+ plan tahunan.


Murah bukan? RM30 tu untuk tahunan.


Rasanya tu je kot, sis keluar duit. Sis tak beli apa-apa course yang orang jual. Sebab sis dah pernah beli course dulu, tentang kerja di rumah. Sumpah setitik pun tak membantu! dah la harga RM80, membantu pun tak. Duit nak pulak!?



Bagaimana sis dapat income RM800+ melalui blog website?

Percaya tak sis dapat duit ni ketika sis sedang goyang kaki kat rumah sambil tengok TV, tau-tau duit dah masuk.


Sis pertama dapat income daripada Medianet selepas beberapa bulan. Sis dapat USD105. Sis tak rugi apa pun, kamu yang rugi jika tak mula dari sekarang. 


Kedua pula, melalui Adsense.
Adsense sangat popular di kalangan blogger dan youtuber! Setakat ini Adsense mempunyai bayaran yang paling tinggi antara ad network yang lain.


Sis akan ajar juga bagaimana untuk mendapatkan Adsense akaun dengan mudah. Sebab bukan senang tau nak website kita diluluskan oleh google.
Medianet juga sis akan ajar dalam posting yang seterusnya.


Seronok bukan dapat duit sambil duduk di rumah? Tak perlu nak bangun awal atau jumpa client. Masa sangat fleksibel dan semuanya bergantung dengan usaha kita sendiri sahaja. Kos juga serendah RM0-RM30!






No comments:

Post a Comment

Panduan Blogging Untuk Bisness atau Usahawan (Newbie)

Kenapa perlu Blog atau Website? Blog atau Website sendiri memang baik untuk penulisan kita. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa la...