Friday 24 January 2020

Cara untuk mendapatkan Adsense akaun dengan mudah!

Adsense ialah satu ad network atau program pengiklanan daripada Google.
Sis cuba ajar kamu bahasa kasar supaya kita semua senang nak faham ya, tak perlu nak formal sangat. Kita-kita juga baine.

How adsense bayar kita?
Seperti yang sis da katakan tadi, adsense ialah satu program pengiklanan. So apabila ada visitor atau pelawat yang masuk ke website kita untuk membaca, kita akan mendapat bayaran melalui views dan click mereka.


CONTOH pelawat views iklan, kita dapat USD0.01 dan jika mereka Click ad atau iklan tersebut kita dapat USD0.50-1.50.


Kiraan duit yang dibayar adsense sangat berbeza bagi setiap orang.
Kita akan dapat high payment daripada negara orang putih, berbanding daripada local.
Ini sis cerita di posting seterusnya, panjang lebar cerita ni.


So cara nak dapat kan Adsense untuk di luluskan oleh Google ialah;


1) Domain berbayar

Domain berbayar lebih mudah untuk diluluskan. Google akan memandang website kita lebih professional dan tahu kita serius tentang website ni.


Tetapi, sis ada kawan dari Philippines, free domain. Bermaksud url website dia bukannya abcd(dot)com tetapi abcd.blogspot(dot)com. Dia tak beli tapi berjaya diluluskan sebab mengikut policy Google yang sedia ada.


So, ini terpulang bagi anda. Nak beli Domain sendiri atau tak nak beli.


Namun sis sarankan kamu untuk beli, plan tahunan. Sekurang-kurangnya website kita nampak lebih professional dan lebih cepat untuk diluluskan oleh Google.


2) Website perlu aktif selama 3-6 bulan lebih

Yang ini korang tak perlu ikut sangat. Sebab sis ada website kedua, hanya aktif for dua bulan lebih tetapi ada hampir 20 posting, dan Sis berjaya mendapatkan kelulusan daripada Google.


3) Jangan ada ad network/program iklan yang lain

Kena tahu limit ad network yang sedia ada. Sis menggunakan medianet namun masi diluluskan. Sebab medianet tidak melanggar policy adsense!


Tetapi jika sis menggunakan ad network seperti Infolink atau Viglink. Sis yakin kemungkinan besar website tidak akan diluluskan oleh Google.


4) Clean website

Maksud sis clean disini ialah jangan letakkan sebarang video atau gambar. Boleh letak tetapi pastikan gambar atau video tersebut 100% hak milik kamu ataupun menggunakan gambar yang diberikan secara percuma iaitu seperti Unsplash, pixabay, etc.


5) Jangan ada link ke website lain (Temporary)

Ini juga lebih baik tak payah ada. Sebab Google akan menganggap kamu mempunyai misleading information atau mislead link ke website luar.


So untuk pertama sekali, lebih baik jangan letakkan apa-apa link, SELAGI website belum diluluskan.


6) Theme

Lebih baik mengunakan warna yang professional untuk website seperti putih. Pendek kata putih adalah warna yang paling terbaik!

Kalau kamu lihat website lain, then kamu nampak theme background warna black then tulisan white. Confirm susah nak baca tulisan tersebut. Jadi kasi senang hati juga pelawat website kamu, confirm Google pun akan permudahan kelulusan permohonan kamu.


7) Pastikan Pages ini wujud

Contoh ialah About/Info, disclaimer, Contact, Blog.

Ini juga memudahkan Google untuk mengetahui website kamu sebenarnya ialah tentang apa? Contohnya, website tentang ayam, So korang tulis lah segala erti maksud ayam kat page About. 


Mudahkan?

Lebih baik pilih satu tajuk untuk website supaya kamu lebih minat dan mengetahui segala info untuk tulis di website ni.


8) Copyright

Kesemua posting mestilah milik kamu! Jangan copy paste post orang lain ke website kamu.

Google mempunyai cara tersendiri untuk memastikan website kita adalah original written atau pun hanyalah versi ciplak dari orang lain.

So bersikap jujur!



Senang sangat ni sebenarnya. Sis juga tak sangka semudah ini, dan sis sendiri mempunyai dua website yang mempunyai kelulusan daripada Google. Yang paling penting ialah mematuhi policy adsense, baca, fahami dan buat.



No comments:

Post a Comment

Panduan Blogging Untuk Bisness atau Usahawan (Newbie)

Kenapa perlu Blog atau Website? Blog atau Website sendiri memang baik untuk penulisan kita. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa la...