Friday 14 February 2020

Cara mendapatkan kelulusan dari Medianet

Apa itu Medianet?


Medianet juga sama seperti Google Adsense. Tetapi perbezaan yang paling ketara antara dua platform tersebut ialah;


Bagi Medianet, lebih besar kebarangkalian bagi kita untuk diluluskan jika pelawat utama website kita ialah dari United Stated, United Kingdom, dan Canada.
Untuk Google Adsense pula, yang penting ialah pelawat sah(bukan bot).


1) Clean website

Sama seperti Google Adsense, kita kena mempunyai website yang bersih.

Tidak mempunyai apa-apa iklan (Iklan Google Adsense boleh diterima), atau mempunyai iklan tetapi secara berlebihan.


Pendek kata, iklan Google Adsense dibenarkan, tetapi posting atau penulisan kita kena lebih banyak daripada iklan yang ada dalam website kita.



2) Pelawat Website dari United Kingdom, United State dan Canada.


Majoriti pelawat kenalah daripada UK, US dan Canada. 


Negara ini diberi panggilan kepada Premium Visitor atau pelawat premium.


Ada baiknya sebenarnya jika mempunyai pelawat premium, kerana jika mereka klik iklan kita atau 1,000/view, keuntungan wang USD yang kita dapat lebih banyak daripada pelawat Asia.


Jika majoriti adalah daripada Asia, kemungkinan besar website kita tidak akan diluluskan oleh MediaNet.



3. Website aktif selama 6 bulan lebih

Ini sangat penting bagi penerbit iklan yang ingin mengiklankan di website kita. 


Kerana, jika website kita adalah 6 bulan lebih, bermaksud website kita sangat aktif dan boleh dipercayai dan mampu memberi pulangan yang besar kepada MediaNet!



4. Website domain tinggi kualiti

Bagaimana nak dapat domain Tinggi kualiti?

Lebih baik jika domain kita adalah .com, berbanding .xyz atau .blogspot(dot)com.
Jika kita menggunakan .com, kebarangkalian besar website kita akan diluluskan mengikut syarat-syart yang dinyatakan di atas.



5. Post lebih 20+

Posting kena lah lebih 20 ke atas. Seperti website kena aktif selama 6bulan lebih.


Posting juga kena ada banyak, bagi memberi kepercayaan kepada MediaNet bahawa kita sangat serius dan professional dalam menjalankan bisnes.







Pada pendapat saya, untuk mendapatkan kelulusan daripada MediaNet adalah lebih mudah daripada Adsense. Adsense sangat tegas dalam pemilihan website dan kesilapan kecil yang korang lakukan mampu merosakkan kebarangkalian website anda akan diluluskan.


Tetapi jika tidak dapat masih kelulusan adsense, sila tinggalkan No telefon anda atau email, dan saya akan contact korang secepat mungkin.


Kita saling bantu membantu, dan pasti kita akan berjaya menjadi usahawan internet!

No comments:

Post a Comment

Panduan Blogging Untuk Bisness atau Usahawan (Newbie)

Kenapa perlu Blog atau Website? Blog atau Website sendiri memang baik untuk penulisan kita. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa la...